Butiran Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa

Tahap pada skala ditentukan oleh yang tertinggi daripada tiga faktor: kesan di luar tempat kejadian, kesan di dalam tempat kejadian, dan kemerosotan pertahanan mendalam.

Tahap 7: Kemalangan besar

Akibat kepada manusia dan alam sekitarPelepasan bahan radioaktif secara besar-besaran yang mendatangkan kesan yang meluas kepada kesihatan dan persekitaran sehingga memerlukan pelaksanaan langkah balas yang terancang dan berlanjutanSetakat ini berlakunya dua kejadian sebegini:
  • Bencana Chernobyl, 26 April 1986. Pusuan kuasa yang terjadi ketika prosedur ujian menyebabkan kemalangan kegentingan yang mengakibatkan letupan wap yang dahsyat serta kebakaran yang melepaskan sejumlah banyak bahan teras ke dalam persekitaran, menyebabkan 56 orang kehilangan nyawa serta seramai 4,000 kematian tambahan akibat barah yang dihidapi oleh penduduk sekitar yang terdedah kepada radiasi yang berlebihan. Kesannya, ramai penduduk meninggalkan bandaraya Chernobyl (14,000 orang), sementara bandaraya Pripyat yang lebih besar (49,400 orang) dikosongkan sepenuhnya, dan sebuah zon larangan masuk sejauh 30 km telah ditetapkan.
  • Kemalangan nuklear Fukushima I yang terjadi sejak 11 Mac 2011. Diberi tahap 7 oleh agensi keselamatan nuklear kerajaan Jepun pada 11 April 2011.[2][3] Kerosakan besar pada sistem kuasa sandaran dan pengurungan akibat gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011 menyebabkan sebilangan reaktor Fukushima I meruap dan kebocoran. Setiap kemalangan reaktor diberi taha-tahap berlainan; tiga daripada enam reaktor itu mendapat tahap 5, satu lagi di tahap 3, dan seluruh kejadian mendapat tahap 7.[4] Zon larangan masuk 20 km ditetapkan di sekitar loji di samping zon pengosongan rela 30 km[5] .

Tahap 6: Kemalangan serius

Akibat kepada manusia dan alam sekitarPelepasan bahan radioaktif berlebihan yang mungkin memerlukan pelaksanaan langkah balas yang terancang.Setakat ini hanya berlakunya satu kejadian:
  • Bencana Kyshtym di Mayak, Kesatuan Soviet, 29 September 1957. Sistem penyejukan yang rosak di kemudahan pemprosesan semula sisa nuklear tentera menyebabkan letupan wab yang melepaskan bahan radioaktif sebanyak 70–80 tan ke dalam persekitaran. Kesannya pada penduduk setempat tidak diketahui sepenuhnya. Inilah sahaja kemalangan yang melebihi tahap 5 pada skala selain Chernobyl dan Fukushima.[6]

Tahap 5: Kemalangan berakibat meluas

Akibat kepada manusia dan alam sekitarPelepasan bahan radioaktif terhad yang mungkin memerlukan pelaksanaan sedikit langkah balas terancang.Beberapa kes kematian akibat radiasi.Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologiTeras reaktor mengalami kerosakan teruk.Pelepasan sejumlah besar bahan radioaktif dalam lingkungan pepasangan dengan kemungkinan besar keterdedahan orang awam secara meluas. Ini mungkin timbul daripada kemalangan kegentingan besar atau kebakaran.Contoh:
  • Kebakaran Windscale (United Kingdom), 10 Oktober 1957.[7] Penyepuhlindapan penyederhana grafit di reaktor dingin udara menyebabkan grafit dan bahan api uranium logam terkena kebakaran, melepaskan bahan cerucuk radioaktif dalam bentuk habuk ke dalam persekitaran.
  • Kemalangan Three Mile Island dekat Harrisburg, Pennsylvania (Amerika Syarikat), 28 Mac 1979.[8] Gabungan kesilapan reka bentuk dan pengendali menyebabkan bahan pendingin beransur pudar, mengakibatkan peleburan separa. Gas-gas radioaktif dilepaskan ke dalam atmosfera.
  • Kemalangan Goiânia (Brazil), 13 September 1987. Sumber radiasi sesium klorida yang tidak terkedap dan tertinggal dalam hospital yang usang dijumpai oleh pencuri bangkai yang tidak sedar akan sifatnya lalu menjualnya kepada kawasan simpanan sekerap. 249 orang dicemari, 4 maut.

Tahap 4: Kemalangan berakibat setempat

Akibat kepada manusia dan alam sekitarPelepasan sedikit bahan radioaktif yang tidak mungkin mencetuskan pelaksanaan langkah balas terancang selain pengawasan makanan setempat.Sekurang-kurangnya seorang mati akibat radiasi.Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologiPeleburan atau kerosakan bahan api­menyebabkan pelepasan lebih 0.1% inventori teras.Pelepasan sejumlah besar bahan radioaktif dalam lingkungan pepasangan dengan kemungkinan besar keterdedahan orang awam secara meluas.Contoh:

Tahap 3: Kejadian serius

Akibat kepada manusia dan alam sekitarKeterdedahan lebih sepuluh kali had tahunan untuk pekerja mengikut undang-undang.Kesan kesihatan berketentuan tidak berbahaya (cth. lecur) akibat radiasi.Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologiKadar keterdedahan melebihi 1 Sv/h di kawasan operasi.Pencemaran serius di kawasan yang tidak diduga oleh reka bentuk, dengan kemungkinan rendah keterdedahan orang awam meluas.Akibat kepada pertahanan mendalamNyaris kemalangan di loji kuasa nuklear tanpa peruntukan keselamatan yang lain.Kehilangan atau kecurian sumber radioaktif tinggi yang terkedap.Sumber radioaktif tinggi yang terkedap tersalah hantar tanpa diuruskan mengikut prosedur yang mencukupi.Contoh:

Tahap 2: Kejadian

Akibat kepada manusia dan alam sekitarKeterdedahan seorang awam melebihi 10 mSv.Keterdedahan pekerja melebihi had tahunan mengikut undang-undang.Akibat kepada rintangan dan kawalan radiologiTahap radiasi di kawasan operasi melebihi 50 mSv/h.Pencemaran besar dalam kemudahan ke dalam kawasan yang tidak diduga oleh reka bentuk.Akibat kepada pertahanan mendalamKegagalan besar dalam peruntukan keselamatan tetapi tidak mendatangkan akibat besar.Sumber, peranti, atau pakej pengangkutan radioaktif tinggi terkedap yatim dijumpai, peruntukan keselamatan tidak terjejas.Pempakejan sumber pengangkutan radioaktif tinggi terkedap tidak memadai.Contoh:

Tahap 1: Anomali

Akibat kepada manusia dan alam sekitarKeterlebihdedahan orang awam melebihi had tahunan mengikut undang-undang.Masalah kecil dengan komponen keselamatan tetapi masih ada pertahanan mendalam yang mencukupi.Kehilangan atau kecurian sumber, peranti atau pakej pengangkutan radioaktif aktiviti rendah.

(Susunan untuk melaporkan kejadian kecil kepada awam berbeza mengiktu negara. Adalah sukar untuk memastikan kekonsistenan yang persis dalam menentukan tahap kejadian antara Tahap 1 dan Tahap 0 [Bawah Skala] INES)

Contoh:
  • Gravelines (Nord, Perancis), 8 Ogos 2009; ketika pertukaran berkas bahan api tahunan di reaktor #1, seberkas koyak akibat tersangkut pada struktur dalaman. Operasi digantung, bangunan reaktor dikosongkan lalu dipencilkan selaras dengan prosedur operasi.[10]
  • Tricastin (Drôme, Perancis), Julai 2008; kebocoran air sebanyak 6,000 liter (1,300 imp gal; 1,600 US gal) yang berisi uranium seberat 75 kilogram (165 lb) ke dalam persekitaran.

Tahap 0: Penyelewengan

Tiada kebimbangan keselamatan yang besar.

Contoh:

Luar skala

Juga terdapat kejadian yang tidak menyentuh keselamatan, iaitu "luar skala".[14]

Contoh:
  • Loji Bahan Api Uranium Oksida Semula Jadi di Kompleks Bahan Api Nuklear, Hyderabad, India, 17 November 2002: Letupan kimia di kemudahan pasang siap bahan api.[15]
  • San Onofre, AS, 5 Mac 1999: Penemuan benda yang mencurigakan, mula-mula dikhuatiri sebagai bom dalam loji kuasa nuklear.[16]

Rujukan

WikiPedia: Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa http://200.0.198.11/comunicados/18_12_2006.pdf http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.reuters.com/article/2011/04/12/us-japan... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16522943 http://www.jaea.go.jp/02/press2005/p06021301/index... http://www3.nhk.or.jp/daily/english/12_05.html http://web.archive.org/20110413145944/www3.nhk.or.... http://web.archive.org/web/20090816100759/http://w... http://web.archive.org/web/20110721162056/http://w... http://www.climatesceptics.org/event/641